Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf-zahir & batinĪbdul Rahman Abd Jalil (Pengurus Rskkids) Terima kasih kepada Team RskPintar atas initiatif kreatif ini dan juga kepada Arjuna Creative Media kerana melengkapkan dan menjadikan projek ini satu realiti. Kongsi gambar berkenaan di media sosial dengan hashtag #rskraya2021 untuk tatapan warga rskkids yang lain. Ibubapa juga boleh membuat Projek sendiri dengan mengambil gambar versi raya sebenar yang dilalui bersama keluarga sepanjang perayaan kelak. Ibubapa digalakkan untuk melihat gambar ini bersama si kecil dan berinteraksilah mengunakan pengalaman sendiri dengan si kecil anda berdasarkan situasi dalam gambar tersebut. Selain daripada mengimbau kenangan, projek ini juga bakal menjadi sumber/bahan rujukan pembelajaran si kecil di masa akan datang. Berkonsepkan ‘role play’ dan ‘ photoshoot’ si kecil mengikut tahap umur diberikan suasana Syawal dalam 3 situasi iaitu Menjelang Syawal, Persediaan Juadah Aidilfitri (REWANG) & Pagi 1 Syawal. Ialah sebuah projek khas Tadika Rumah Si Kecil Pintar (RskPintar) Seksyen 7, Shah Alam dalam usaha membawa, memperkenalkan dan mengimbau kenangan hari raya di kampung halaman bersama sanak saudara.
0 Comments
Leave a Reply. |